Jumaat, 31 Mei 2013

CURI NIKMAT BULAN REJAB

sekarang kita sudah masuk bulan rejab kan.. banyak kebaikannya. Kita kena kejar jangan tangguh2. Doa dibulan rejab juga sangat bagus dan besar fadilatnya.

REJAB=MULIA

 Tidak lama lagi  Syaaban akan menjelang lalu Ramadan menyusul. 

Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah. Berkata Abu Bakar Al-Warraq al-Balkhi: "Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya." 

Jadi kawan-kawan marilah kita berusaha mendapatkan zuriat mulai sekarang.. mungkin ada rezeki buat salah seorang rakan2 ku ini. 
Besar tau faedahnya dibulan Rejab yang mulia ni kawan2. 
Ia adalah salah satu daripada empat bulan haram, yakni bulan-bulan yang sangat terhormat di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya masa telah beredar seperti mana keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah 12 bulan. Di antara bulan-bulan itu terdapat empat bulan haram. Tiga di antaranya berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Dan (keempat) adalah Rejab Mudar yang terletak antara Jumada dan Syaaban.


MARI KITA REBUT PELUANG INI SEMENTARA KITA MASIH BERNAFAS DIBUMI ALLAH INI.  


p/s=Hanya doa mampu ubah takhdir..

Tiada ulasan: