Jumaat, 31 Mei 2013

BERUBAT LAWAN KANSER DENGAN USTAZ

Ingat tak ku pernah cerita akak long ku ada kanser payudara?????

Alhamdulillah k.long ku sudah baik now.. berkat jaga makan, makan ubat dan berubat. Haaaa sebut tentang berubat ni ku dah berubat dengan seorang ustaz.. ustaz nilah yg ubatkan k.long dulu.

Lagipun ustaz ni kawan baik pada abang uda ku. Mereka sama2 askar. Cuma ustaz ni askar bahagian keagamaan.

Ustaz ni dok kat Kluang.  Dia memang ubat utk KANSER SAHAJA...  tak ramai yang tahu..

Ku berubat 3x.. kita pi jumpa dia ada syarat tau. Syaratnya kena bawa suami atau yang mahram kita.. sebab ustaz nak minta izin sentuh bahagian kanser itu..

Bila dia ubatkan kita dia memang akan pesan awal2 suh sedia andai selepas berubat kali pertama dan kedua tu tetiba kat umah kita rasa sakit yg melampau...itu yg ku alami..ada 1 malam tu tak leh tidur..perut sakit yang amat sampai suamiku pun tak tidur, dia usap2 perutku dan doa agar sakitnya kurang..

Masa nak mematikan kanser itu kita kena bawa bahan2 antaranya rumput apa entah namanya yg tidak pernah dipijak orang atau haiwan...

selepas sakitnya ok ustaz suh buat doa selamat dan pulut kuning pada jiran2..  nanti lepas raya bolehlah cek dengan dr sama ada keadaan ku agak stabil atau tidak. Kita hanya usaha kan. ALLAH yang menentukan. Pokok Pangkalnya kita tak menyerah dan cepat putus asa.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam..puan..bolehkah saya dapatkan alamat dan no telefon ustaz yg merawat kak long puan..saya juga pengidap kanser...tengah berusaha utk berubat..terima kasih...