Ahad, 26 Januari 2014

Tahniah kawan-kawan

Asalamualakum,

Lamanya tak update. Akhir-akhir ini agak sibuk dengan bilik di sekolah. Sibuk mneghias, mengemas, update fail untuk pertandingan peringkat negeri. Hari ini tergerak hati nak meluah di blog sebab minggu ini sahaja sudah 6 orang kawanku khabarkan berita yang gembira. Mereka Pregnant lagi. Semua pregnant lagi..bukan baru pregnant..hehhehe

Ada yang pagi2 sampai sekolah terus tarik tangan dan bagitau berita gembira. Tak lama pahtu terima call dari kawan dan mesej di fb. Tahniah semua kawan-kawanku. Moga si ibu dan anak didalam kandungan akan terpelihara dan dapat lahir ke dunia dengan selamat. aminnnnn...

Bila cerita pada suami, hanya kesabaran yang suami minta. (^_^)

Sama-samalah kita bersabar ya.....

Sabtu, 4 Januari 2014

Scan dan timbang berat

Asalamualaikum.

pagi ni ku ada temunjanji dengan doc krishna. Memang hari ni doc nak scan dan timbang beratku setelah dia beri ku metformin 3 minggu lepas.

Memula timbang berat ku turun 2kg. doc senyum je. dia  kata jika tiap kali scan beratku turun da bagus..
sbb doc bgtau bmi ku kena turun hingga 29.

Bila scan tadi doc kata rahim ok, telur ada cuma bengkak sebelah kanan. bengkak nilah yang buat perut ku sakit dah 3 hari. tiap kali tarik nafas serius sakit belah kanan tu. doc akan bagi gel untuk kumasukkan di alat sulit. gel ni bantu hilangkan kesakitan bengkak tu tp tadi jo, iaitu pembantu dr krishna kata gel akan diberi kemudian. dia akan talifon sbb gel yang ada katanya tak sesuai dengan ku. oklah...

jadi tal sabar nak turun bmi lagi...kuikuikui..

Sebab sebelum ni doc krishna bgtau kami perancangan dia. dia kata ku perlu turunkan insulin hingga bulan 5 ni. insulin ku yang tinggi dalam darah menyebabkan tenaga ku dalam darah terlalu aktif. kemudian baru dia akan jalankan proses kesuburan bagi elakkan ku keguguran.

Doc kata bila da pregnant dan bersalin dia bagi ku masa rehat 6 bulan kemudian preggy lagi, rehat lagi 6 bulan dan preggy lagi hingga 3 orang anak dan umur 35 ku stop untuk jaga kesihatan badan...

Teruja dengar doc krishna kata begitu.. ku senyum sampai telinga!
Lagi sebulan datang lagi... yahooooo... doc kata jika bmi makin turun banyak proses dari 5 bulan akan jadi 3 atau 4 bulan... yabedabeduuuu

Stop Suppliment

Asalamualaikum..

lepas berjumpa doc hari itu doc minta stop semua supliment yg ku ambil. ku ada makan supliment shaklle:
-gla
-alfalfa
-vit c
-vit b

ku tanya kenapa sbb doc kata dari result ku dengan doc noraini dari pakar puteri tahun lepas dengan result yg terbaru keadaan ku jd lebih teruk. Doc kata semua supliment itu memang bagus kerana menstabilkan hormon tapi tidak untuk badanku. bila hormon "cergas" dan "aktif" maka sel ku juga turut aktif.. so untuk diriku supliment itu tidak sesuai dan ku perlu hentikan serta merta.

Doc beri ku metformin lagi. tapi disini nak ku tekankan tentang metformin. Dahulu doc noraini bagiku metformin 300g makan sehari 2 biji.. sekarang doc krishna bagi ku metformin 200g sehari makan 4 biji.

apa yang ku rasa bezanya:

Doc Noraini                                              Doc krishna
-300g                                                         -200g
-sehari 2 biji                                               -sehari 4 biji
-pening loya hari2                                       -pening sehari je loya jarang

Doc krishan maklumkan dulu doc noraini bagiku dos yang kuat dan tak sesuai dengan kondisi darah ku. doc krishna pula dia beri ubat ikut kesesuain darahku sbb insulin ku tinggi. yang normal insulin 11 tapi ku 29!   tapi ni bukan kencing manis ya. doc maklumkan ku takda kencing manis. insulin ni banyak jenis.

Doc juga kata metformin yang dia beri ni dos sedikit tapi dimakan kerap serta yang penting original... oooohhhh baru ku tahu ada metformin yang tak ori..kuikuikuiii..