Jumaat, 31 Mei 2013

SELESAI OPERATION

Alhamdulillah ku kuar dari labour room pada jam 2.30pm.. agak2 dari jam 8.00-2.30 tu bapa jam ku di labour room????

Seingatku sewaktu disorong ke labour room tu semua nurse sedang bersiap2. tangan ku didepakan dan kakiku diangkat macam stail orang peknen. Mulutku dibubuh penutup oksigen. Ku nafas 3 kali je terus ngantuk dan tak sedar.. sedar2 je waktu ku diletakkan di luar labour room dan bersedia utk hantar ku ke bilik. tu pun kepala pening2 dan terus tidor..

sedar2 je mak mertua dan ayah mentuaku sudah di sisi.. dekat petang sikit dr noraini berjumpa ku.

Dr- dik, ya ALLAH banyak dik bila operation tadi dapat tengok dalam tu
Ku-ha, banyak apa dr
Dr-Pcos tulah banyak sangat. Saya da ambik gambarnya..

Dr pun beri padaku gambar2nya.. serius banyak.. takuddddd

Dr kata jika rahim kita normal rahimnya licin mcm kulit tangan kita tu. Tapi ku punya rahim macam gunung  berapi!

Mari lihat gambar2nya..











Tiada ulasan: