Jumaat, 31 Mei 2013

PEREMPUAN NI RUMIT

Kawan-kawan, memang benar perempuan ni rumit. Bukan rumit bawa masalah, bukannnn.. Tetapi dalaman perempuan ini rumit. Itu yang Dr Noraini cakapkan padaku dulu.

Perempuan sebelum kawin dan selepas kawin dalamannya turut berubah. Hormon pun berubah. Tidak seperti lelaki. Perempuan lepas kawin kengkadang baru tahu ada mcm2 penyakit. Macam ku juga lah. Dr kata ku da ada penyakit tu sejak remaja lagi..benda tu tak disentuh kan..bila da kawin dan disentuh bendanya berubah. jadi pecah dan darah tak henti mengalir.. 

Andainya ku lum kawen2 lagi tentunya lambatlah ku dapat kesan sakitku ini dan gaknya time tu dah teruk benar kot. Masya-ALLAH...

Jadinya kawan2, bila rasa diri ni lain contohnya period lama tak datang ke, period terlebih lama dari biasa ke, sakit2 kat sesetengah tempat ke cepat2 lah jumpa dr.. ingat ya, perempuan ni kompleks... mencegah lebih baik dari mengubati..Seperti arwah makcik ku yag meninggal baru dapat tahu ada kanser.. hati-hati ya..ku berdoa kawan2 ku di sini akan dikurniakan kesihatan yang baik dan dikurniakan zuriat dalam tempoh terdekat ini.. aminnnnn

Tiada ulasan: