Jumaat, 31 Mei 2013

CURI NIKMAT BULAN REJAB

sekarang kita sudah masuk bulan rejab kan.. banyak kebaikannya. Kita kena kejar jangan tangguh2. Doa dibulan rejab juga sangat bagus dan besar fadilatnya.

REJAB=MULIA

 Tidak lama lagi  Syaaban akan menjelang lalu Ramadan menyusul. 

Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah. Berkata Abu Bakar Al-Warraq al-Balkhi: "Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya." 

Jadi kawan-kawan marilah kita berusaha mendapatkan zuriat mulai sekarang.. mungkin ada rezeki buat salah seorang rakan2 ku ini. 
Besar tau faedahnya dibulan Rejab yang mulia ni kawan2. 
Ia adalah salah satu daripada empat bulan haram, yakni bulan-bulan yang sangat terhormat di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya masa telah beredar seperti mana keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah 12 bulan. Di antara bulan-bulan itu terdapat empat bulan haram. Tiga di antaranya berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Dan (keempat) adalah Rejab Mudar yang terletak antara Jumada dan Syaaban.


MARI KITA REBUT PELUANG INI SEMENTARA KITA MASIH BERNAFAS DIBUMI ALLAH INI.  


p/s=Hanya doa mampu ubah takhdir..

PEREMPUAN NI RUMIT

Kawan-kawan, memang benar perempuan ni rumit. Bukan rumit bawa masalah, bukannnn.. Tetapi dalaman perempuan ini rumit. Itu yang Dr Noraini cakapkan padaku dulu.

Perempuan sebelum kawin dan selepas kawin dalamannya turut berubah. Hormon pun berubah. Tidak seperti lelaki. Perempuan lepas kawin kengkadang baru tahu ada mcm2 penyakit. Macam ku juga lah. Dr kata ku da ada penyakit tu sejak remaja lagi..benda tu tak disentuh kan..bila da kawin dan disentuh bendanya berubah. jadi pecah dan darah tak henti mengalir.. 

Andainya ku lum kawen2 lagi tentunya lambatlah ku dapat kesan sakitku ini dan gaknya time tu dah teruk benar kot. Masya-ALLAH...

Jadinya kawan2, bila rasa diri ni lain contohnya period lama tak datang ke, period terlebih lama dari biasa ke, sakit2 kat sesetengah tempat ke cepat2 lah jumpa dr.. ingat ya, perempuan ni kompleks... mencegah lebih baik dari mengubati..Seperti arwah makcik ku yag meninggal baru dapat tahu ada kanser.. hati-hati ya..ku berdoa kawan2 ku di sini akan dikurniakan kesihatan yang baik dan dikurniakan zuriat dalam tempoh terdekat ini.. aminnnnn

JAUHI AJINOMOTO

Seorang rakanku ialah seorang dr yg sedang ambil master kaunseling di UTM. Dia berpesan padaku begini bunyinya:


"Kau masak jangan campur ajinomoto. Ajinomoto tu bahaya. Memang ajinomoto tu bagi lazat pada masakan.Tapi bagi orang mcm kaun ajinomoto ni lagi aktifkan kanser!!"  

Ok, ku kemudian buatlah research. Isk..memang betullah.. ini ada ku sertakan beberapa buktinya. Jemputlah baca bagi tambah pengetahuan tu..  


Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.Kajian yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100 keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian, sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang berumur bawah 6 tahun. Ini menunjukkan masyarakat kita secara keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan ringan yang ada di pasaran. Maksudnya, tanpa kita sedari, masyarakat kita sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG.Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus. Buktinya, kita tidak pernah melihat rancangan masakan di televisyen yang menyelitkan MSG dalam resepi mereka. Ini menunjukkan bahawa penggunaan MSG bukanlah satu kemestian, sebaliknya hidangan yang lazat dan menyelerakan bergantung pada kemampuan dan kemahiran memasak seseorang itu sendiri.

BERUBAT LAWAN KANSER DENGAN USTAZ

Ingat tak ku pernah cerita akak long ku ada kanser payudara?????

Alhamdulillah k.long ku sudah baik now.. berkat jaga makan, makan ubat dan berubat. Haaaa sebut tentang berubat ni ku dah berubat dengan seorang ustaz.. ustaz nilah yg ubatkan k.long dulu.

Lagipun ustaz ni kawan baik pada abang uda ku. Mereka sama2 askar. Cuma ustaz ni askar bahagian keagamaan.

Ustaz ni dok kat Kluang.  Dia memang ubat utk KANSER SAHAJA...  tak ramai yang tahu..

Ku berubat 3x.. kita pi jumpa dia ada syarat tau. Syaratnya kena bawa suami atau yang mahram kita.. sebab ustaz nak minta izin sentuh bahagian kanser itu..

Bila dia ubatkan kita dia memang akan pesan awal2 suh sedia andai selepas berubat kali pertama dan kedua tu tetiba kat umah kita rasa sakit yg melampau...itu yg ku alami..ada 1 malam tu tak leh tidur..perut sakit yang amat sampai suamiku pun tak tidur, dia usap2 perutku dan doa agar sakitnya kurang..

Masa nak mematikan kanser itu kita kena bawa bahan2 antaranya rumput apa entah namanya yg tidak pernah dipijak orang atau haiwan...

selepas sakitnya ok ustaz suh buat doa selamat dan pulut kuning pada jiran2..  nanti lepas raya bolehlah cek dengan dr sama ada keadaan ku agak stabil atau tidak. Kita hanya usaha kan. ALLAH yang menentukan. Pokok Pangkalnya kita tak menyerah dan cepat putus asa.

KESAN SELEPAS OPERATION

Lepas operation dulu ku sentiasa kena follow up dengan dr noraini.. ni last ku jumpa pada bulan 1 ritu dan dr suh jumpa kembali selepas raya.

ku nak cerita kesan lepas operation dulu.. tak tahulah pada orang lain tp ni yg ku alami. Sangat tak selesa ok..

1-bangun tidur je mesti ada air kencing sikit kat bunga tu.
2-bila nak dekat period tu perut belah kiri iaitu ovari kiri akan ngilu yang amat sangat dan berulang2..
3-sama ada makan atau tidak tekak asik nak mengeluarkan makanan tu tp dia tak kuar pun. Sampai tekak je turun balik.. Seksa tau..huhuhuhuh

LAWAN KANSER INI KERNA KU BERISIKO BESAR!

Dr Noraini mengatakan PCOS ku sudah berada di peringkat awal kanser.. apakah perasaanku??????

Mungkin kerana tittle ku sebagai guru bimbingan dan kaunseling sedikit sebanyak membantuku mengawal emosiku. Sekali saja air mata ini mengalir saat dr maklumkan keputusannya dulu. Ditambah dengan sokongan dari suami dan ahli keluarga juga family mertua.. ku bersyukur..

Untuk makluman semua, ku memang kategori berisiko besar utk menghidap kanser.. kerana apa? k.long ku juga pernah kanser tp dia kanser payudara. Makcik ku pula meninggal sebab kanser tp tupun masa meninggal baru dapat diketahui.. so ku memang berisiko besar.. Dr pesan banyak kali agar ku jaga pemakanan dan kurangkan berat badan jika tidak bahaya buatkku..

AGI IDUP AGI NGELABAN!
SELAGI HIDUP SELAGI ITU TERUS BERJUANG!

SELESAI OPERATION

Alhamdulillah ku kuar dari labour room pada jam 2.30pm.. agak2 dari jam 8.00-2.30 tu bapa jam ku di labour room????

Seingatku sewaktu disorong ke labour room tu semua nurse sedang bersiap2. tangan ku didepakan dan kakiku diangkat macam stail orang peknen. Mulutku dibubuh penutup oksigen. Ku nafas 3 kali je terus ngantuk dan tak sedar.. sedar2 je waktu ku diletakkan di luar labour room dan bersedia utk hantar ku ke bilik. tu pun kepala pening2 dan terus tidor..

sedar2 je mak mertua dan ayah mentuaku sudah di sisi.. dekat petang sikit dr noraini berjumpa ku.

Dr- dik, ya ALLAH banyak dik bila operation tadi dapat tengok dalam tu
Ku-ha, banyak apa dr
Dr-Pcos tulah banyak sangat. Saya da ambik gambarnya..

Dr pun beri padaku gambar2nya.. serius banyak.. takuddddd

Dr kata jika rahim kita normal rahimnya licin mcm kulit tangan kita tu. Tapi ku punya rahim macam gunung  berapi!

Mari lihat gambar2nya..











OPERATION!

Kawan-kawan.. hari isnin tu ku datang awal dalam kul 7.00am sebab dr kata operationku dalam kul 8.00am.. ku da siap paking beg dan ditemani suami. Suamiku tak pi kerja hari tu. Sudah ku suruh pi kerja sebab ku tak nak menyusahkan dia tetapi dia tetap berkeras tak moh pi. Rasa kuat diri ini bila suami disisi.. Ini semua gambar sebelum operation. sampai je kat katil tak panas katil lagi dah kena sedia utk operation..cepat betul lah hospital ni bekerja...

Ku masih boleh senyummmmmm


Berdoa agar dipermudahkan segalanya.
 
Senyum lagi (^_^).. sebelum bergerak ke labour room.. 

KEPUTUSAN PAKAR

Dr mengatakan ku ada  Policystic Ovary Syndrome iaitu PCOS.. inya bukan Cys.. ku tahu ramai diluar sana dan cikgu di sekolah ku pun ada yang kena cys..tapi cys ini satu sahaja.. tetapi Policystic ini lebih daripada 10. Dr cakap PCOS ku lebih dari 10.. :'( dan dr cakap PCOS ku ini bukan PCOS biasa dan berada di peringkat awal cancer :'(

Lihat  keadaan rahimku..


Nampak tak bulat2 banyak tu...itulah PCOS ku.. banyak kan....


Ini dinding rahim. Dinding rahimku pula terlalu tebal..

Kemudian Dr buat keputusan drastik hari tu.

Dr-awak kena operation ni jika tak darah awak tak boleh berhnti
Ku-Haa?
Dr-Em, hari ini hari rabu..so awak operation isnin depan!

Cepatnyer lahaiiiiii....

FUHH CEPAT BETUL KERJA DR NORAINI


Masa 1st pi jumpa dr, ku ceritakan situasi yg kualami. Lebih kurang begini bunyinya:

Dr-adik sakit apa?
Ku-Saya period dah 3 bulan dr takleh stop. darah makin banyak berketul2.
Dr-Eh awak gugur ke?
Ku-entah dr tp rasanya saya tak pregnant.
Dr-ok takpa meh baring saya cek

ku pun baring di atas katil. dr scan dulu perut ku kemudian dia ambik kamera untuk lalu jalan bawah.Masa dia nak masukkan tangan tu dia terkejut sebab buka je celah kelengkang tu darah menyembur kuar.

Dr-Eh macam ni ke hari2?
Ku-yalah dr.

Dr pun geleng kepala. Dr panggil suami untuk lihat di monitor. Ku pula lihat di monitor atas kepala. Dr beri penerangan pada suamiku. setelah selesai kami duduk semula depan dr. dr memberi penerangan tentang satu penyakit tu..ku pun dengar dengan khusyuk sebab tak pikir apa kan. Dr siap lukis2 lagi kat kertas kemudian kertas tu dia bagi ku utk baca dirumah.

Ku-saya gugur ke?
Dr-tidak ..bukan pregnant
Ku-Ohhh
Dr-Saya mungkin tahu awak sakit apa. tp kena tunggu keputusan dulu.
Dr-saya nak awak ambik darah, cek air kencing hari ini juga.. nt hari rabu datang semula utk ambik keputusan
Ku-Ok

kul 3 lebih juga baru selesai ambik darah dan cek. Keputusannya ku ceritakan next episode yer..


JUMPA PAKAR

Setelah 3 bulan keadaanku agak lemah kerna darah yg tidak henti-henti keluar, ku ambil keputusan untuk berjumpa pakar. Antara sebab2 nya ialah:

-Ubat doktor di hospital bahkan di klinik tidak mampu menghentikan pendarahanku walaupun doc beri ubat stop darah.
-Ada anak jiran di kampungku yang meninggal dunia setelah 6 bulan darah takleh berhnti walau dah dimasukkan darah...anak dara lagi baru belasan tahun..takudddd..
-darah yang makin banyak bukan makin sikit. darahnya makin lama makin mengeluarkan ketulan besar2..
-Perut makin besar... serius besar cam orang peknen 3 bulan!
-Air kencing dah bertukar warna sebab campur dengan darah
-diri yang sudah macam mayat idup..kihkihkih

Teruk tak diriku?????????

Mujurlah sebelum kawin ku ada ambik prudential punya insuran.leh la cover kan.Tapi awal2 kena kuarkan duit dulu lah.

Ku dan suami pi jumpa Dr Noraini, pakar puteri dekat Larkin sana tuh. Biasanya bila kita pi pakar kita berhak nak pilih dr mana. Ku dah wat research tanya cikgu2 sekolah ku mereka semua suh pi dr noraini. Ku pun pilih. Serius baik ler dr noraini tu. Islamic....hp dia bunyi selawat nabi lagi. kecik molek orangnya. bilik dia penuh ayat Quran...jadi hati ni sejukkkkk jek..


Khamis, 30 Mei 2013

PERIOD 3 BULAN NON STOP

Ku nak story pengalamanku ini. Alhamdulillah ku sekarang dah takda masalah period lama lagi..kengkawan penah tak kena mcm ku? period lebih dari biasanya. Ku biasanya period pun 5 hari je. Normal emmang camtu. Takda masalah period pun and tak penah lagi period tak muncul.. Entah mcm mana lepas je kawen periodku tak lancar..masih period lagi tp ada sekali tu period ku jejak 3 bulan!!

Ku pikirin maybe sbb hormon kot pah kawen kan. Tapi dalam tempoh tu ku dah usaha seperti berikut:
-Pi klinik keluarga*dia cakap hormon berubah pas kawen dan takde apa2 prob.
-Pi hspital*cakap hormon je tak stabil
-Pi tukang urut* dia cakap peranakan jatuh

Pi jumpa doc yang sama kat klinik dan hspital udah lebih 2x dan jawapan tetap sama, hormonku tak stabil lepas kawen dan tak membahayakan. kengkawan leh bayangkan tak keadaanku setelah 3 bulan darahku tak stop?? ku lemah :'(  nak buat keja pun sangat tak larat. doc takda lak suh masukkan darah ke..dia cakap darahku cukup pas tengok badanku yang cam bear ni..boleh gitu??

Kemudian ku dan suami membuat keputusan yang drastik..apa dia?? tungguuuuuuuuu ku kan cerita di next episode yer

MARI KU PERKENALKAN DIRI

Kengkawan marilah kawan dengan ku. Ku ni biasa2 ajer. Ku tak lawa, gemuk2 gebu tapinya...hehehe
Now, udah genap 1 tahun 7 bulan perkahwinan ku. Ku masih belum dikurniakan zuriat. Ku tahu Allah itu sebaik2 perancang walau ku dah rancang baik punye..

Ini ku dan suamiku..

Ini pula ku dengan anak sedaraku ku.. alo..alo..nampak pula kaki mak ku terselak kain..makku tak chat now. strok ke 4. Pakai tiub utk minum susu+ubat dan tiub bantuan pernafasan sbb makku takleh nafas normal.. haaaa nampak tak mesi kat belakang tu? ada 2 mesin.. 1 mesin untuk 24 jam dan lagi 1 tu tangki persediaan andai elektrik takder.. ku buat yg terbaik utk makku..makku hanya 1 didunia kan..harap kawan2 ku semua dapat jaga mak ngan sebaiknya..
   
Ini pula suamiku. Mohd Mubaraq namanya.Ku bersyukur dikurniakan suamiku ini. Sepanjang berkawan sehingga sekarang pun suamiku tidak pernah meninggikan suara atau marah kepadaku. Jika marah dia akan menegur dengan cara yang paling halus.. alhamdulillah..Sabda Nabi SAW: Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.

Ini pula mak ku. Mak yang banyak berkorban demi anak-anak. Mak ku punya 8 orang anak. 5 orang tu setahun satu.. tiba masanya untuk ku balas jasa mak dengan menjaga mak semampu ku..Insya-Allah..