Jumaat, 31 Mei 2013

JUMPA PAKAR

Setelah 3 bulan keadaanku agak lemah kerna darah yg tidak henti-henti keluar, ku ambil keputusan untuk berjumpa pakar. Antara sebab2 nya ialah:

-Ubat doktor di hospital bahkan di klinik tidak mampu menghentikan pendarahanku walaupun doc beri ubat stop darah.
-Ada anak jiran di kampungku yang meninggal dunia setelah 6 bulan darah takleh berhnti walau dah dimasukkan darah...anak dara lagi baru belasan tahun..takudddd..
-darah yang makin banyak bukan makin sikit. darahnya makin lama makin mengeluarkan ketulan besar2..
-Perut makin besar... serius besar cam orang peknen 3 bulan!
-Air kencing dah bertukar warna sebab campur dengan darah
-diri yang sudah macam mayat idup..kihkihkih

Teruk tak diriku?????????

Mujurlah sebelum kawin ku ada ambik prudential punya insuran.leh la cover kan.Tapi awal2 kena kuarkan duit dulu lah.

Ku dan suami pi jumpa Dr Noraini, pakar puteri dekat Larkin sana tuh. Biasanya bila kita pi pakar kita berhak nak pilih dr mana. Ku dah wat research tanya cikgu2 sekolah ku mereka semua suh pi dr noraini. Ku pun pilih. Serius baik ler dr noraini tu. Islamic....hp dia bunyi selawat nabi lagi. kecik molek orangnya. bilik dia penuh ayat Quran...jadi hati ni sejukkkkk jek..


Tiada ulasan: