Sabtu, 1 Jun 2013

PERUBATAN ISLAM KLINIK SINAR ZAMDURRANI

Asalamualaikum kepada kawan-kawan yang beragama islam dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama islam. Pagi-pagi mak mertua talifon suami cerita tentang seorang Ustaz yang memang terkenal dengan gelaran Ustaz Bollywood..hehheee..cuba cari siapakah gerangannya... mak mertuaku ni pencen ustazah sekolah agama. Jadi benda macam ni emmang dia lagi galakkan..

'Klinik Sinar Zamdurrani ni kat Parit Raja, Batu Pahat. Siapa kawan-kawan yang dok batu pahat mesti tahu tempat ni. Kebetulan pula group ustaz ni ada buat pameran dan perubatan di SMK Adela. Tempat tinggal mak mertuaku la. Mak mertua ku orang Felda Tunggal.

Jadi, ku kan menantu yang baik. Ku turuti lah nasihat mak mertua ku untuk berubat di situ. Ku pi dengan suami tapi yang berubatnya ku sorang sahaja.

Ku tak ambil gambar suasananya sebab menutup rahsia pelanggan...hehhe..kerana semuanya berkumpul didewan.

Lepas daftar ku terus naik atas dewan. Kat atas dewan ada meja dan kerusi. Ku duduk depan ustaz dan citerlah keinginanku untuk mendapatkan zuriat serta ikhtiar untuk mematikan kanser. Kemudian ustaz tanya macam-macam lah dah pernah gugur ke tak n other... ustaz pun cakap insya-ALLAH dia cuba untuk mematikan kanser dengan izin ALLAH tetapi dia cuma ikhtiar sahaja.

Kemudian turun bawah dan duduk atas tikar. Ramai gaklah. Ku duduk belakang sekali sorang-sorang. Malu...heheheh sebab rasanya ku yang paling muda..

Pahtu ustaz pi tempat sorang-sorang dan bacakan ayat Quran.pegang kepala dan tepuk badan. Lepas ustaz tu baca sorang-sorang nanti diikuti pula seorang ustazah yang baca ayat Quran gak dan pegang kepala dan tepuk belakang..

Dalam waktu yang sama ku kena baca ayat Qursi 7x dan qulhuallah 40x.. Ku diberi air mineral besar, air zam-zam, air kayu kemuning dan minyak zaitun.

Ini air zam-zam. Minum lepas solat fardu. Baca alfatihah, ayatul qursi dan selawat. Niat 

Ini air kayu kemuning 

Air terapi yang sudah dibaca alquran 

Inilah rupa kayu kemuning hitam. 

Kawan-kawan nak tahu tak tadi juga ku jumpa buah yang memang khas untuk mematikan dan mengurangkan kanser. Sangat susah didapati kerana di hutan dan berduri pokoknya. Ku beli juga sebab ustaz bagitahu kita kena makan sekurang2nya sekali seumur hidup. Apa nama buahnya next episod ku upload gambarnya ye..

Lepas berubat je cepat-cepat ku tepon mak mertua bagitau da berubat. Kalau tak diberitahu nanti dia asik bertanya saja..hehehhee.. sapa nak pi boleh lagi sebab dia buat di dewan tu selama dua hari. Hari ini dan esok.

Tiada ulasan: