Ahad, 2 Jun 2013

BILA JIRAN MULAI BERCAKAP

Selamat pagi..ku pagi2 kul 5 udah bangun. Buatkan sarapan suami, bekal dia sebab suami hari2 pi kerja memang bawa bekal. Suami pi kul 6.00..pahtu ku solat dan basuh baju. Seronok time cuti sekolah ni..Dapat buat kerja yang lama dah tertangguh..kemudian keluar rumah jenguk2 pokok bunga yang lama tak ku sentuh.

Datang seorang jiran berbual denganku:

Jiran- zah sihat
Ku-Alhamdulillah kak
Jiran-Ni akak nak bagitau akak........ semalam cerita dengan akak pasal za belum pregnant lagi. Dia kata za tak pregnant sebab za gemuk sangat.
Ku-Ha?? dia cakap dengan siapa lagi kak?
Jiran-semalam ada lah kak...... kak.....
Ku-Macam mana boleh tetiba keluar cerita tentang saya kak?
Jiran-Entahlah za, akak pun terkejut tetiba dia leh cakap mcm tu.

Macam mana yek nak hurai perasaan saya nih?? malu, terkilan semua adalah sbb org boleh bercakap hal kita tanpa kita sangka... ya, memang saya gemuk. Berat saya 65kg..

Pernah juga ada seorang jiran saya cakap begini pada saya sebelum saya operation dulu:

Jiran-Za, kau ni keja asik sakit jek. Tak sakit tak boleh ke..

Takpalah saya maafkan dia. Saya hanya fikir mungkin dia tidak tahu masalah yang saya hadapi....

AMALKAN DOA PEMBUKA 12 PINTU

Selamat petang kawan2.. pernah dengar tak doa bismillah 6, bismillah 7, dan lain2?

Sangat bagus. Tak ramai yang tahu. Ku tahu pun setahun yang lepas itupun ada seorang ustaz yang suh amalkan. Bila dibuat bersungguh2 dan ikut tertibnya sangat menjadi ok. Yang penting yakin pada yang Esa (^_^)

Hari ni nak kongsi dengan kawan doa pembuka 12 pintu. Jika kawan2 biasa buat solat sunat dhuha doanya ada sebut kan tentang rezeki...jika rezekiku ada dilangit makan turunkanlah...jika rezekiku diperut bumi makan keluarkanlah..jika rezeki ku jauh dariku makan dekatkanlah..jika rezekiku sukar bagiku makan permudahkanlah....haaa lebih kurang begitulah bunyinyakan..

Doa pembuka 12 pintu ini pula untuk semua bentuk dan punca rezeki..zuriat pun rezeki tau!

Marilah kita amalkan..jika tak dapat buatlah seminggu sekali.. jika da boleh buat sehari sekali..dah senang buat 5x sehari lepas solat..kan..kan..islam itukan mudah!

Kalau takda printer nak print pun takpa..ambik pensil kertas tulis lah semula. kan kita yg nak baca ye tak.. pahtu tampal kat tempat solat.




Sabtu, 1 Jun 2013

PETUA PT KU HAMIL SELEPAS 4 TAHUN LEBIH MENUNGGU

Selamat malam. Hari ini diri rasa terlebih rajin nak update dan berkongsi dengan sesiapa pun jua. Nak cerita sikit tentang PT sekolah ku. Ku gelarkan dia A jelah k.

A dah lama kawin, 4 tahun lebih. Tetapi masih belum hamil. Alhamdulillah baru je dua minggu lepas dia maklumkan yang dia sudah hamil.Gembira rasanya!!

Yang ku tahu A dah banyak berusaha. Berurut, makan ubat dan sebagainya. Pahtu ku sibuk2 lah tanya dia pregnant ni ada amalkan apa2 tak.

Dia kata dah lama dia tak amalkan apa2. Dia berserah aja. Ku macam pelik sikitlah sebab dia biasa kalau beli barang online dia akan guna alamat umah ku.Kerana dia duduk di kuartes sekolah nanti barang dapat lambat sebab kena ambik kat peti pos bandar Sudah pastilah ku sering dapat bungkusan online nama dia. Jadi ku tahu mesti dia ada amalkan apa2...hehehheheeeee

Suatu hari tu dia bercerita pada ku. dua bulan sebelum dia pregnant dia ada makan LECHITIN. Tahu tak lechitin tu apa? produk shaklee.. ni gambarnya
Tujuan dia ambik ialah nak kurnagkan berat badan. dia kata sempat makan dalam sebulan lebih je sebab ada hari2 yang dia lupa nak makan. Tup2 bulan depannya dia pregnant...

tapikan LECHITIN ni memang bagus. Ada cikgu skolah ku kadar kolesterol dalam darah dia turun mendadak lepas dia ambik lechitin ni. Doktor yang cek darah tinggi dia pun siap tanya dia makan apa.. ku pun sebenarnya ahli shaklee juga. ku amalkan susu soya dan al-falfa. ku makan al-falfa sebab nak ringankan badan.Memang bagus. Sesiapa nak beli lehlah hubungi ku ya.. ku bagi harga ahli!!!!!!!! nak tolong kawan2 kan..

So, kawan2 boleh try juga. Sesiapa yang nak kurangkan berat badan atau nak kurangkan kolesterol dalam darah try lah. Manalah tahu ada lemak banyak dalam darah ni yg jadi penghalang kesukaran kita hamil kan.. ini saya sertakan info kebaikan lechitin ye.


  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan
*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-)
Wow, menarik kan fakta tentang Lecithin ni.

PERUBATAN ISLAM KLINIK SINAR ZAMDURRANI

Asalamualaikum kepada kawan-kawan yang beragama islam dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama islam. Pagi-pagi mak mertua talifon suami cerita tentang seorang Ustaz yang memang terkenal dengan gelaran Ustaz Bollywood..hehheee..cuba cari siapakah gerangannya... mak mertuaku ni pencen ustazah sekolah agama. Jadi benda macam ni emmang dia lagi galakkan..

'Klinik Sinar Zamdurrani ni kat Parit Raja, Batu Pahat. Siapa kawan-kawan yang dok batu pahat mesti tahu tempat ni. Kebetulan pula group ustaz ni ada buat pameran dan perubatan di SMK Adela. Tempat tinggal mak mertuaku la. Mak mertua ku orang Felda Tunggal.

Jadi, ku kan menantu yang baik. Ku turuti lah nasihat mak mertua ku untuk berubat di situ. Ku pi dengan suami tapi yang berubatnya ku sorang sahaja.

Ku tak ambil gambar suasananya sebab menutup rahsia pelanggan...hehhe..kerana semuanya berkumpul didewan.

Lepas daftar ku terus naik atas dewan. Kat atas dewan ada meja dan kerusi. Ku duduk depan ustaz dan citerlah keinginanku untuk mendapatkan zuriat serta ikhtiar untuk mematikan kanser. Kemudian ustaz tanya macam-macam lah dah pernah gugur ke tak n other... ustaz pun cakap insya-ALLAH dia cuba untuk mematikan kanser dengan izin ALLAH tetapi dia cuma ikhtiar sahaja.

Kemudian turun bawah dan duduk atas tikar. Ramai gaklah. Ku duduk belakang sekali sorang-sorang. Malu...heheheh sebab rasanya ku yang paling muda..

Pahtu ustaz pi tempat sorang-sorang dan bacakan ayat Quran.pegang kepala dan tepuk badan. Lepas ustaz tu baca sorang-sorang nanti diikuti pula seorang ustazah yang baca ayat Quran gak dan pegang kepala dan tepuk belakang..

Dalam waktu yang sama ku kena baca ayat Qursi 7x dan qulhuallah 40x.. Ku diberi air mineral besar, air zam-zam, air kayu kemuning dan minyak zaitun.

Ini air zam-zam. Minum lepas solat fardu. Baca alfatihah, ayatul qursi dan selawat. Niat 

Ini air kayu kemuning 

Air terapi yang sudah dibaca alquran 

Inilah rupa kayu kemuning hitam. 

Kawan-kawan nak tahu tak tadi juga ku jumpa buah yang memang khas untuk mematikan dan mengurangkan kanser. Sangat susah didapati kerana di hutan dan berduri pokoknya. Ku beli juga sebab ustaz bagitahu kita kena makan sekurang2nya sekali seumur hidup. Apa nama buahnya next episod ku upload gambarnya ye..

Lepas berubat je cepat-cepat ku tepon mak mertua bagitau da berubat. Kalau tak diberitahu nanti dia asik bertanya saja..hehehhee.. sapa nak pi boleh lagi sebab dia buat di dewan tu selama dua hari. Hari ini dan esok.