Jumaat, 13 Disember 2013

XRAY HSG ke 2

Asalamualaikum.
Diharap semua pembaca blog ku sihat hendaknya.aminn.

Alhamdulillah kali ni ku berjaya buat xray HSG kali kedua setelah gagal pada kali pertama. sebab gagal dulu kerana mesin tu takleh nak masuk dalam lagi. tiub menolak kerana darah penuh dalam perut. jadi doc tak boleh nampak salur tiub tu.

tapi hari ini alhamdulillah, berkat doa dari keluar rumah smpai baring tunggu doc masuk bilik mulut tak terhenti2 berdoa agar doc dapat lihat salur tiub tu.

Mula-mula tiub tu block juga tak bagi mesin tu sampai sbb ada darah. tapi kuasa Allah berjaya juga. Kemudian tunggu keputusan xray .. bayaran RM320. Da dapat terus bawa pi jumpa Doc Krishna. Kemudian DOc krishan teliti keputusan xray dia kata dua0dua tiub u normal. Syukur!

Doc lihat hasil darah dan scan . Darah ku insulin terlalu tinggi. Normal bacaan tak lebih dari 11 tapi insulinku 29. pahtu doc suh ku turunkan bmi..yolah berat sangat ku ni.

Doc andaikan dalam tempoh 5 bulan insyallah periodku akan tetap..memang periodku tiap bulan datang tp kengkadang hari ke 28, 30, ada 33..doc tak nak begitu. Doc nak kalau hari ke 28 jadi tiap bulan 28 je...

Pahni kena jaga makan, rajin bersenam. 4hb 4 ni ada follow up doc nak scan dan timbang berat badan.. uhhh kena kerja keras ni. Suami dah pesan suh sungguh2 turunkan bmi sbb dah keluarkan duit banyak kan..ta sayang duit ke???? huhuhu sayanglah..

Berat masa 1st jumpa doc:83kg
Berat kali kedua jmpa doc:82kg

Sabtu, 7 Disember 2013

X-RAY 1st

Asalamualaikum..

Pagi2 subuh dah bangun siapkan sarapan suami. Buat nasi goreng je. Tunggu suami bangun sarapan ku dah siap2kan diri. Dalam kul 7.00 pagi dah gerak ke pakar puteri. Sampai disana alhamdulillah orang ke 3. So tunggulah giliran. Kat kaunter pendaftaran depa da gtau doc lelaki yg buat.

Bila dipanggil ku pun dibawa masuk ke bilik xray. Tukar baju dan bersihkan darah period....

"UNTUK MAKLUMAN DARAH PERIOD DAH STOP 2 HARI LEPAS SELEPAS DOC BAGI UBAT BERHENTI DARAH SBB NAK SUH KU XRAY. RITU DAH PERIOD KE 12 MASIH LUM STOP DARAHNYA. BILA MAKAN UBAT DA STOP CUMA MALAM TADI MASUKKAN UBAT LALU "TUT" SBB NAK MUDAH BUKAK JALAN. BANGUN TIDUR TERUS DARAH TURUN LAJU. BUKAN SIKIT YER....SUAMI PUN TANYA NAK XRAY KE DARAH BANYAK NI. NT DIA BOLEH NAMPAK KE.. TP KU KATA DOC DA GTAU RITU BILA MASUKKAN UBAT TU DARAH AKAN KELUAR SIKIT. JADI KAMI PUN NEKAD LAH PI."

Ok, dah selesai baring tunggu doc nurse pun ambik gambar rahim. bila doc ku angkat kaki cam orang nak melahirkan tu dan doc masukkan alat kat "tutu" ku. bukan 1 alat ok..ku kira 5 kali sumbatan..sakitnya Allah je tahu. lama gak dia godeh2 alat tu dan tiap kali dia masuk ke dalam sakit mcm senggugut..masuk lagi..masuk lagi..series sakit..nak ngalir air mata tp tak terkeluar.. series lama doc godeh2.

pahtu doc stop dan pandangku. dia kata" saya kena tunggu awak bersih dulu darahnya baru buat xray semula. sy takle sampai awak punya tiub fallopio sbb darah block..ada bleeding dalam perut awak. tunggu period bersih baru datang balik. kali ni awak tak kena caj ok. sy nak tolong awak ni"

perasaan masa tu sebak sangat.dahla sakit pahtu dari 5 minit yg dijanjikan ku rasa di godeh sampai 25 minit sbb darah banyak kt perut. nt nak xray lagi ku kena hadapi sakit itu buat kali ke dua. Ya Allah deritanya...

Pahtu ku tepon doc krishna bgtau xray tak dapat diteruskan sbb darah block dari sampai ke tiub. Doc suh datang smula ambik pil stop period dan bila stop kena buat xray smula. ku kata esok sajalah suami ambik time dia pi kerja. Ku tak sanggup nak ulang alik terus jumpa doc...

Perasaan kini??? sob sob sob :'(

Khamis, 5 Disember 2013

Sperma cantik

Asalamualaikum.

Keputusan bahagian kedua sperma tu dah keluar da sperma bebas dari kuman. Alhamdulillah.. Jadinya tinggal ku nak xray je hari sabtu ni. Ku berdoa agar tiub fallopioku dalam keadaan baik hendaknya.. aminn

Selasa, 3 Disember 2013

Berjumpa Dr Krishna

Asalamualaikum, semalam ku dah berjumpa dr krishna. 1st time jumpa dia seperti ayah sendiri walau berbangsa india. Dia memanggil ku "adik"..hehehe

Setelah menceritakan semuanya dna hajat di hati dr telah memberikan penerangan yg panjang lebar.. yg diterangkan berkaitan pcos, kenapa wanita tidak subur, apa halangan yang buat ku sukar untuk pregnant..memang panjang..time tu suami pun duduk depan doc sekali ..

keputusan ujian sperma suami bahagian 1 dah keluar iaitu ok..keputusan kedua berkaitan kuman belum keluar..

lepas da beri penerangan tu dr baru periksa keadaanku. ku di scan lalu rahim, godek kiri kanan rahim. dr terangkan pada suami apa yg kuar dalam gambar monitor tu. dr buat ujian seakan laparaskopy padaku.. ternyata benar igauan yg kualami sebelum ni akibat rasa sakit belah kiri perut tiap kali period ada penyakitnya. dr buat ujikaji berapa kedalaman yg dia boleh masukkan kamera tu. tiap kali belah kiri memang ku kan kerutkan muka menahan sakit. seriusss sakit ok! tapi belah kanan mukaku cool je.

Dr kemudian kata aku tak perlu buat laparoscopy sbb mahal.Dia sudah tahu dengan jelas kesan dari ujian yg dia buat tadi. (sebenarnya doc bgtau jika ku langsung tak tunjukkan reaksi sakit bermakna ku kena buat laparoscopy)

kemudian dr ambil darahku untuk dibuat ujian darah serta air kencing. dah siap kami duduk semula saling mengadap dengan dr. dr kembali emmberi penerangan yang kesimpulannya ku memang ada pcos, fibroid, endo dan endimetrss.. Perasaanku????? terkejutlah ofkos.

Kemudian dr minta ku buat xray pada hari sabtu ini utk tahu tiub fallopio aku ok ke tersumbat. Ya ALLAH minta dijauhkan lah..dan jika keputusan ujian darah semua dah diperoleh dr akan tengok semua untuk kenal pasti ubat apa yang bersesuaian denganku.

Tapi kali ni ku rasa lebih tenang berbanding saat mendapat keputusan dari doc noraini dulu. sebab dr prakash berkata dengan yakin bahwa penyakitku boleh diubati dalam tempoh 5 bulan. selepas itu baru dia mulakan proses kesuburan kepadaku..

Jumlah scan, ujian darah, air kencing, sperma dan consultan berjumlah RM1410.. xray sabtu ni RM310.. tp memang sudah kudiberitahu bawah bayaran ini mahal pada 1st prosedur ni utk konpemkan sakitku..  dr kata sabtu nanti lepas xray jumpa dia semula takkan ada bayaran apa2 kecuali bayaran ubatan yg bakal ku perolehi nt. Ubatnya pun murah.. jika ku teliti lebih murah dari pakar puteri sebelum ni..

Ahad, 1 Disember 2013

puasa

Asalamualaikum..

Harini 2hb..kami akan berjumpa doc esok 3hb.. so harini ku kena puasa.miss jo memang dah pesan haritu agar ku puasa arini..

Sebabnya sok doc akan scan dan ikut keperluan maybe ku akan cek darah dan xray sekali bagi melihat tiub fallopio ku. dulu dengan doc noraini tak xray..

keja sekolah pula tak siap2..selagi tak siap selagi tulah cuti sekolah ni hati tak tenang.

Encik Suami dan sperma

Asalamualaikum..

Selepas cancel temujanji dengan dor noraini kelmarin, kami telah bincang dan ambil keputusan untuk pi 2 klinik yang menarik perhatian kami. tetapi kenalah pilih salah satu takkan nak pi dua2 kan. Jadi kami pun pilihlah klinik yang mana yg berjaya menarik hatiku. encik suami ikut je.hehheee...sbb klinik yg kami tak pilih tu agak jauh dan encik suami pun tak bapa tahu jalan ke sana. Klinik apa tu?? nanti kami bagitau yer.

27hb ritu kami pi klinik tu tp dr takda. dr pi india sbb ada patient dia disana. Untuk makluman dr tu ada klinik di india. So kami hanya mendaftarkan diri pada miss Jo. Pembantu dia nama miss jo..sangat peramah ok!!

dia bagi tarikh untuk suami beri sperma dan tarikh temujanji dgn doc. Jadi semalam 30hb suami pun pi makmal untuk serahkan sperma. sbb encik suami seorang smoke... doc nak lihat sperma ada kuman dan berkualiti tak.. Jadi kita tunggulah nanti 3hb yer kami akan berjumpa dengan doc.

CIK P

Asalamualaikum. ingat tak sebelum ni ada tulis cik p datang awal..huhu tp datangnya sehari jek. pahtu stop. selang 5 hari pahtu datang semula dengan aktifnya. Jadi kiter pun kiralah hari 1st day tu adalah hari period yang 2nd datang tu. Sekarang sudah 9day ok! still aktif kuarnya cik P..uurmmm..

Semalam encik suami turunkan buah kelapa pandan dan bagi ku minum. Time cik p ni minum air kelapa tujuannya untuk bersihkan darah2 lama yang ada terkumpul yg boleh mendatangkan penyakit seperti cyst dan fibroid..lepas minum kuarlah cik p dengan jayanya...

Insyallah ku berdoa agar esok cik p ku mula beransur-ansur untuk berhenti. aminnn