Sabtu, 4 Januari 2014

Scan dan timbang berat

Asalamualaikum.

pagi ni ku ada temunjanji dengan doc krishna. Memang hari ni doc nak scan dan timbang beratku setelah dia beri ku metformin 3 minggu lepas.

Memula timbang berat ku turun 2kg. doc senyum je. dia  kata jika tiap kali scan beratku turun da bagus..
sbb doc bgtau bmi ku kena turun hingga 29.

Bila scan tadi doc kata rahim ok, telur ada cuma bengkak sebelah kanan. bengkak nilah yang buat perut ku sakit dah 3 hari. tiap kali tarik nafas serius sakit belah kanan tu. doc akan bagi gel untuk kumasukkan di alat sulit. gel ni bantu hilangkan kesakitan bengkak tu tp tadi jo, iaitu pembantu dr krishna kata gel akan diberi kemudian. dia akan talifon sbb gel yang ada katanya tak sesuai dengan ku. oklah...

jadi tal sabar nak turun bmi lagi...kuikuikui..

Sebab sebelum ni doc krishna bgtau kami perancangan dia. dia kata ku perlu turunkan insulin hingga bulan 5 ni. insulin ku yang tinggi dalam darah menyebabkan tenaga ku dalam darah terlalu aktif. kemudian baru dia akan jalankan proses kesuburan bagi elakkan ku keguguran.

Doc kata bila da pregnant dan bersalin dia bagi ku masa rehat 6 bulan kemudian preggy lagi, rehat lagi 6 bulan dan preggy lagi hingga 3 orang anak dan umur 35 ku stop untuk jaga kesihatan badan...

Teruja dengar doc krishna kata begitu.. ku senyum sampai telinga!
Lagi sebulan datang lagi... yahooooo... doc kata jika bmi makin turun banyak proses dari 5 bulan akan jadi 3 atau 4 bulan... yabedabeduuuu

Tiada ulasan: