Selasa, 3 Disember 2013

Berjumpa Dr Krishna

Asalamualaikum, semalam ku dah berjumpa dr krishna. 1st time jumpa dia seperti ayah sendiri walau berbangsa india. Dia memanggil ku "adik"..hehehe

Setelah menceritakan semuanya dna hajat di hati dr telah memberikan penerangan yg panjang lebar.. yg diterangkan berkaitan pcos, kenapa wanita tidak subur, apa halangan yang buat ku sukar untuk pregnant..memang panjang..time tu suami pun duduk depan doc sekali ..

keputusan ujian sperma suami bahagian 1 dah keluar iaitu ok..keputusan kedua berkaitan kuman belum keluar..

lepas da beri penerangan tu dr baru periksa keadaanku. ku di scan lalu rahim, godek kiri kanan rahim. dr terangkan pada suami apa yg kuar dalam gambar monitor tu. dr buat ujian seakan laparaskopy padaku.. ternyata benar igauan yg kualami sebelum ni akibat rasa sakit belah kiri perut tiap kali period ada penyakitnya. dr buat ujikaji berapa kedalaman yg dia boleh masukkan kamera tu. tiap kali belah kiri memang ku kan kerutkan muka menahan sakit. seriusss sakit ok! tapi belah kanan mukaku cool je.

Dr kemudian kata aku tak perlu buat laparoscopy sbb mahal.Dia sudah tahu dengan jelas kesan dari ujian yg dia buat tadi. (sebenarnya doc bgtau jika ku langsung tak tunjukkan reaksi sakit bermakna ku kena buat laparoscopy)

kemudian dr ambil darahku untuk dibuat ujian darah serta air kencing. dah siap kami duduk semula saling mengadap dengan dr. dr kembali emmberi penerangan yang kesimpulannya ku memang ada pcos, fibroid, endo dan endimetrss.. Perasaanku????? terkejutlah ofkos.

Kemudian dr minta ku buat xray pada hari sabtu ini utk tahu tiub fallopio aku ok ke tersumbat. Ya ALLAH minta dijauhkan lah..dan jika keputusan ujian darah semua dah diperoleh dr akan tengok semua untuk kenal pasti ubat apa yang bersesuaian denganku.

Tapi kali ni ku rasa lebih tenang berbanding saat mendapat keputusan dari doc noraini dulu. sebab dr prakash berkata dengan yakin bahwa penyakitku boleh diubati dalam tempoh 5 bulan. selepas itu baru dia mulakan proses kesuburan kepadaku..

Jumlah scan, ujian darah, air kencing, sperma dan consultan berjumlah RM1410.. xray sabtu ni RM310.. tp memang sudah kudiberitahu bawah bayaran ini mahal pada 1st prosedur ni utk konpemkan sakitku..  dr kata sabtu nanti lepas xray jumpa dia semula takkan ada bayaran apa2 kecuali bayaran ubatan yg bakal ku perolehi nt. Ubatnya pun murah.. jika ku teliti lebih murah dari pakar puteri sebelum ni..

Tiada ulasan: