Khamis, 14 November 2013

Cikgu sains bagi petua

Asalamualaikum

Pagi ni berbual dengan makcik cleaner. Sambil-sambil dia menyapu saya duduk berbual tanya perihal anak yang dapat keputusan upsr semalam. Dia cerita lah tentang anak dia yang da kawin 10 tahun masih belum ada zuriat. Pahtu berpisah dengan suami dan kawin lain terus lekat... hohoho  saya tak moh lah lagu tu. Tak moh lah pisah ngan encik suami sbb zuriat je pun..

Pahtu datang pula kawan baik. Dia cikgu sains. Dia ajar sesuatu yang diamalkan sebelum ni. Dia cikgu muda lagilah kiranya lum masuk 40. Anak da 4 nak masuk 5 insyallah. Dia beritahu saya tentang amalan yg dia amal.

Tapi ingat tak ada sebelum ni saya citer tentang PT saya yg pregnt setelah bertahun2 kawin??? rupanya cikgu tu kata sebulan sebelum PT pregnant dia ada beritahu amalan tu pada PT dan PT cakap nak amalkan..Tup  tup pregnnt da bulan depannya. Tak tahulah dia betul-betul amalkan ke tak sbb yang PT tu gtau saya dia makan Lechitin..rasanya amalan begitu dia tak begitahu kot.

Cikgu sains tu kata sebelum subuh amalkan baca alfatihah 41 kali selama 41 hari.. niatkan..

Insyallah saya nak buat. Jomlah kawan-kawan kita sama amalkan.


Tiada ulasan: