Ahad, 2 Jun 2013

BILA JIRAN MULAI BERCAKAP

Selamat pagi..ku pagi2 kul 5 udah bangun. Buatkan sarapan suami, bekal dia sebab suami hari2 pi kerja memang bawa bekal. Suami pi kul 6.00..pahtu ku solat dan basuh baju. Seronok time cuti sekolah ni..Dapat buat kerja yang lama dah tertangguh..kemudian keluar rumah jenguk2 pokok bunga yang lama tak ku sentuh.

Datang seorang jiran berbual denganku:

Jiran- zah sihat
Ku-Alhamdulillah kak
Jiran-Ni akak nak bagitau akak........ semalam cerita dengan akak pasal za belum pregnant lagi. Dia kata za tak pregnant sebab za gemuk sangat.
Ku-Ha?? dia cakap dengan siapa lagi kak?
Jiran-semalam ada lah kak...... kak.....
Ku-Macam mana boleh tetiba keluar cerita tentang saya kak?
Jiran-Entahlah za, akak pun terkejut tetiba dia leh cakap mcm tu.

Macam mana yek nak hurai perasaan saya nih?? malu, terkilan semua adalah sbb org boleh bercakap hal kita tanpa kita sangka... ya, memang saya gemuk. Berat saya 65kg..

Pernah juga ada seorang jiran saya cakap begini pada saya sebelum saya operation dulu:

Jiran-Za, kau ni keja asik sakit jek. Tak sakit tak boleh ke..

Takpalah saya maafkan dia. Saya hanya fikir mungkin dia tidak tahu masalah yang saya hadapi....

2 ulasan:

Rina berkata...

sis, sy fhm benar perasaan sis 2. sy juga selalu lalui perkara begini, cuma bezanya sy dikomen kerana terlalu kecil dan kurus. Berat sy sekitar 45kg dengan tinggi 150 cm. mmg kecil molek je. tmbh pula sy selalu diserang gastrik. Maka byk la mulut2 mengomen termasuk sedara2 suami saya malah MIL sy sendiri. Diorang kata sy ni kecik sgt, sbb 2 susah mengandung atau ada yang akan cakap sy ni selalu sakit sbb 2 susah nak lekat. Tapi pada hakikatnya x sape tahu yang sy normal! Ujian doktor mengesahkan yang sy x de pe2 masalah untuk hamil,dan yang bermasalah sebenarnya suami sy. Bagaimanapun sis, demi menjaga air muka suami, x pernah sy hebahkan perkara ni pada family mahupun sedara mara kami. Maka,setiap kali orang ckp mcm 2, terpaksa sy telan sahaja. Hanya Allah yang tahu perasaan dlm hati ni. *hugs for u and keep strong k!*

Unknown berkata...

Pn.Rina, terima kasih ya. Betul tindakan Pn.Rina tu dengan menjaga aib suami. Moga syurga milik Pn.Rina. Susah dan rasanya memang tak boleh nak tutup mulut orang. Pernah pakcik dan isteri dia belah suami asik tanya dah pregnant belum..last2 dah penat nak jawab saya balas "pakcik dan makcik kena tanyalah pula kat ALLAH kenapa sampai sekarang Dia belum beri saya rezeki anak lagi. Saya pun tertunggu2 juga ni".... kemudian sampai sekarang tak tanya lagi dah..ujian mcm kita ni memang akan sentiasa berhadapan dengan mulut2 orang..Saya doakan agar saya dan Pn.Rina akan memperolehi zuriat dalam masa terdekat ini. aminnn